home profile Affiliates twitter blog II follow
Manisnya Hubungan Jarak Jauh
Sabtu, 19 Mei 2012 @ 1:14 PG | 0 individual(s)

benar kata orang,
setiap pergaduhan, adalah kemanisan ..
setiap perasaan rindu yang datang , adalah kekuatan ..
hubungan jarak jauh, bukan penghalang..
hubungan jarak jauh juga, adalah bukti kekuatan cinta dan sayang yg dititipkan dalam diri..

setiap detik yang berlalu,
cinta ku terhadapnya makin kuat,
ku dipupuk dengan perasaan sayang agar berterusan dengan ikatan yang direstui..

setiap detik yang berlalu,
ku tersenyum dengan telatah perangainya..
kadangkala dewasa,
kadangkala manja,
manja hingga mengalahkan anak kecil..

setiap detilk yang berlalu,
pergaduhan dalam hubungan tidak dapat di elakkan..
adakalanya putus asa hingga merasakan, retak menunggu belah..
tetapi dengan kekuatan perasaan hati masing-masing..
Alhamdulillah,hubungan masih dipertahankan..

setiap detik yang berlalu,
tidak terlepas dari dengki manusia
yang cuba memusnahkan kebahagiaan ini..
tatkala ini, kesetiaan dan kepercayaan di uji..
Alhamdulillah, kerana keserasian antara kami..
segala dengki dan fitnah dapat di elakkan walaupun hati sebak seketika..

dan selama bertahun berlalu,
kami memanjatkan doa kepada Nya..
sekiranya ditakdirkan untuk hidup kami,
di bawah satu bumbung...
maka,permudahkanlah..
tetapi sekiranya tidak..
berikanlah kami kekuatan untuk menghadapi hari yg mendatang :')


"sayang, kalau kita gaduh...saya rindu ingin melihat senyman di wajah awak,
kalau saya marah, segala kebaikan yang awk beri sebagai pengubat..
kalau tiba-tiba wujud rasa benci,saya kenangkan pengorbanan awak..
cepat-cepat saya tepis perasaan itu..
maafkan saya andai tidak sempurna "
Nur Syahira

19 year old.
From Malacca.
This is my personal site.
OLDER POSTS // NEWER POSTS
twitter
comment

Credits
Layout made by S.Mell
Inspiration from fallingyou
resources from x x x x x.