home profile Affiliates twitter blog II follow
Biarlah..
Rabu, 27 Jun 2012 @ 6:41 PG | 0 individual(s)

Kenapa,perlu membuat dia kecil hati ?? sedangkan dia tidak pernah mengutuk atas kekurangan orang lain..
Kenapa dia menjadi mangsa umpatan rakan-rakan lain?  sedangkan dia ketika itu ikhlas ingin berkawan?
Kenapa dia sering dicaci,dihina,sedangkan dia sering menyendiri dan tidak pernah meganggu orang lain.

Kini,dia lebih senang hidup tanpa kawan yang dulunya selalu merendahkan dirinya dan tidak menghargainya..
Dia tahu segalanya,dia tahu segala kata-kata hina dari orang disekelilingnya walaupun riak wajahnya seperti seseorang yang tidak tahu apa-apa..malahan,dia memaafkan mereka,dan terus berdiam diri..

Dia merasakan diri dia terlalu rendah,apabila berdepan dengan kata-kata yang terlalu pedih,dia menangis didalam hati,kenapa dan mengapa diperlakukan begitu..sedangkan dia sudah jauhkan diri daripada mereka..

Apabila dia mula bangun,ketika itu,dia masih lagi terdengar kata-kata yang mengguriskan hatinya... "Sombong" "Bongkak" "Lupa Kawan" .. itu ayat yang sering dia dengar..padahal mereka tidak tahu,dia menyimpan hati terhadap perbuatan mereka.

Apabila dia mula bangkit,semakin banyak kata yang membingitkan telinganya,namun,dia menganggap kata-kata itu seperti angin,yang hanya menyinggah seketika.

Biarpun hatinya masih lagi merasa sakit,tetapi dia masih mampu tersenyum..syukur,dia mempunyai rakan yang menyayanginya,mempunyai seseorang yang ikhlas menyayanginya dan mempunyai keluarga,yang membuatkan dia mampu tersenyum....

Dan dia berdoa,semoga orang yang pernah memperlakukannya,berhenti menyakitinya..walaupun dia tahu ia tidak akan berhenti...tetapi dia juga tahu, yang diatas itu maha adil...semoga segala kesakitan yang dirasa ini,dapat difahami oleh mereka yang pernah menyakiti dirinya :')

P/s : Kadang-kadang manusia tidak pernah sedar,dia hanya tahu menghina,walaupun diri tak semegah mana..hanya sekadar cerita untuk renungan... ;)
Nur Syahira

19 year old.
From Malacca.
This is my personal site.
OLDER POSTS // NEWER POSTS
twitter
comment

Credits
Layout made by S.Mell
Inspiration from fallingyou
resources from x x x x x.